Menghubungkan Rakyat dan Kerajaan

20 May 2017


Inisiatif Data Terbuka di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

MAMPU selaku peneraju dan penyelaras bagi ekosistem Data Terbuka yang melibatkan kementerian, agensi, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan, Institusi Pengajian Tinggi danGovernment Link Company (GLC) di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Awam Berpacukan Data telah melaksanakan program turun padang dan libat urus semenjak tahun 2015.  MAMPU telah melaksanakan sebanyak 15 sesi turun padang dan libat urus pada tahun 2015 dan 16 sesi pada tahun 2016 bagi mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan, kefahaman dan buy-in tentang data terbuka  selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020 dan aspirasi negara dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11)  untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat.

Program yang diterajui oleh MAMPU ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan pegawai yang dilantik sebagai Peneraju Data Terbuka mewakili kementerian/agensi yang berperanan untuk mengkaji, mengenal pasti, mendapatkan kelulusan dan memuat naik set  set data terbuka ke Portal Data Terbuka.  Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Program turun padang mengikut kluster perkhidmatan kerajaan seperti pengangkutan dan pertanian bersama-sama kementerian/agensi yang mempunyai data strategik untuk dikongsi.

2. Program turun padang dan libat urus dengan memberi fokus kepada kementerian/agensi yang tidak atau kurang menyumbang set data terbuka dan mempunyai set data terbuka yang kurang berkualiti

3. Program turun padang dan libat urus untuk meningkatkan kualti set data dalam bentuk kebolehbacaan mesin (machine readable) supaya boleh terus digunakan bagi ciptaan inovasi dalam penghasilan analitis data atau aplikasi.

4. Program kesedaran seperti bengkel dan seminar serta pameran yang melibatkan pelbagai pihak daripada sektor awam, industri, akademia, komuniti dan media.

     Public Open Data Forum pada 14 Jun 2016

     

     Sesi perbincangan terbuka (townhall),  Public Open Data Forum

     

5. Menyedari program data terbuka juga dinilai daripada kejayaan yang dihasilkan oleh aplikasi yang memberi manfaat kepada rakyat, salah satu program yang telah dilaksanakan oleh MAMPU secara tahunan adalah Program Hackathon Data Terbuka pada tahun 2015 dan 2016.

6. Sebagai pengukuhan program berpacukan data, MAMPU telah berkolaboratif dengan badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan  Open Data Institute (ODI) bagi  meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program.  Antara program yang telah dilaksanakan adalah:

  • Program Open Data Readiness Assessment (ODRA) secara kolaboratif dengan pihak Bank Dunia
  • Program pengukuhan data terbuka secara kolaboratif dengan ODI United Kingdom.
  • Program Latihan secara bersemuka (face-to-face) untuk wakil kementerian/agensi termasuk Peneraju Data Terbuka dengan pihak ODI pada 17 sehingga 19 Mei 2017 bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kemahiran berkaitan data terbuka
  • Program Latihan secara ePembelajaran kepada semua pihak seperti agensi, komuniti dan rakyat yang boleh diakses melalui Portal Data Terbuka, data.gov.my.

7. Program turun padang, libat urus dan kesedaran khusus dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,Pejabat Setiausaha  Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat SetiausahaKerajaan Negeri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor and Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

PENERAJU DATA TERBUKA

Komitmen daripada kementerian/agensi adalah penting dalam pelaksanaan Data Terbuka sebagai transformasi sistem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.  Justeru, MAMPU telah merangka dan mengenal pasti tadbir urus di peringkat agensi sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2015 'Pelaksanaan Data Terbuka' yang menggariskan peranan dan tanggungjawab kementerian/agensi dalam melaksanakan tadbir urus sedia ada, menubuhkan Pasukan Kerja Data Terbuka Kementerian/Agensi dan bertanggungjawab sebagai Peneraju Data Terbuka. Pelbagai program libat urus dan turun padang bagi meningkatkan kesedaran dan pengurusan perubahan data terbuka telah dianjurkan oleh MAMPU bersama-sama dengan peneraju data terbuka.  Secara keselurhannya, kementerian/agensi bertanggungjawab menubuhkan tadbir urus atau mengguna pakai tadbir urus sedia ada, mengenalpasti dan menyediakan set data terbuka serta memantau status kemajuan pelaksanaan.  Di samping itu, MAMPU telah melantik Peneraju data terbuka di peringkat kementerian/agensi sebagai permulaan. Seramai 29 orang pegawai telah dilantik sebagai peneraju data terbuka pada 2 April 2015 merentasi 12 kementerian/agensi.  Pada tahun 2016, seramai 34 Peneraju data terbuka telah dilantik di mana jumlah Peneraju data terbuka sehingga kini adalah seramai 63 orang.

Peneraju data terbuka bertanggungjawab sebagai penasihat dan peneraju Kementerian/agensi dalam pelaksanaan inisiatif data terbuka, mengkaji dan mengenal pasti set data terbuka, mendapatkan kelulusan daripada ketua jabatan berkaitan data tersebut, menyediakan dan menterbitkan metadata, memastikan data yang diterbitkan dimuat naik ke dalam Portal Data Terbuka dan mengkaji tahap penggunaan data terbuka.

 

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

 

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bergambar bersama Tetamu Terhormat dan Peneraju Data Terbuka di dalam National Open Data Strategic Partnership pada 2 April 2015 di Hotel Pullman Putrajaya.

 

Antara program yang dianjurkan oleh MAMPU bersama Peneraju data terbuka