Seminar Data Terbuka

14 Jul 2020


Program Hari Data Terbuka 2017 pada sesi petang akan diteruskan dengan Seminar Data Terbuka yang dilaksanakan secara kolaboratif dengan pihak World Bank Group  dan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pengisian utama seminar pada petang itu adalah pelancaran montaj Open Data Readiness Assessment (ODRA) dan penyerahan Laporan ODRA oleh World Bank Group kepada pihak MAMPU.

Laporan ODRA merupakan salah satu outcome dari penilaian Open Data Readiness Assessment yang dilaksanakan oleh World Bank Group pada tahun 2016  secara kolaboratif dengan MAMPU. Laporan ini juga merupakan suatu manifestasi kesediaan Kerajaan dalam data terbuka. Pelan tindakan yang dikenal pasti dalam laporan akan dilaksanakan oleh MAMPU secara kolaboratif dengan pelbagai pihak sama ada dalam jangka pendek, sederhana dan panjang bagi meningkatkan tahap kesediaan dalam data terbuka.

Seminar Data Terbuka akan dipenuhi dengan sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan jemputan dengan pakar data terbuka dariapa World Bank Group melalui taklimat dan sesi perbincangan panel yang akan dijayakan oleh dua (2) panel jemputan yang pakar terkenal dalam bidang data terbuka di peringkat global.

Program Hari Data Terbuka ini diyakini akan menjadi wahana pencetusan idea baharu yang kreatif dan inovatif dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan data terbuka yang telus, mampan dan terangkum selaras dengan agenda kerajaan digital negara. Usaha bagi program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi menghasilkan inisiatif bitara berkonsepkan data terbuka yang berimpak tinggi serta mempunyai sentuhan langsung atau touch pointkepada rakyat dalam usaha mengarusperdanakan agenda transformasi perkhidmatan awam dan  mengorak langkah untuk meningkatkan kedudukan negara kita di peringkat global seiring dengan perubahan sejagat dalam revolusi digital.